♥ILOVEYOU♥
sempurna

Sunday, October 19, 2014 @ 6:04 AM | 0 Comment [s]

20 tahun aku hidup atas muka bumi ni. Alhamdulillah. Dah macam- macam dugaan aku lalui. Dah beribu orang aku kenal dan dah berjuta sifat manusia yang aku pelajari. Jadi sedikit sebanyak aku dah bijak untuk kenal mana topeng mana kulit. Aku tak tujukan pada sesiapa, tapi kadang kala aku sendiri tak mampu untuk kenal kemahuan hati aku. Mungkin jugaklah aku banyak kepada fikiran yang negatif daripada positif, tak boleh nak berat mana- mana kena seimbangkan ja. Dalam masa 20 tahun ni, cuma satu nama yang bukan sedarah sedaging aku yang aku tak pernah lupa walaupun macam- macam yang dah aku lalui dengan dia

Mana taknya jatuh, bangun aku dia selalu ada. Baik buruk aku dia saja yang rasa. Mungkinlah kali ni aku terasa dengan apa yang sedang berlaku walaupun aku sendiri pendam perasaan. Selama ni ada jugak aku luah perasaan dalam diari simpanan aku atau minta pendapat sepet. Tapi semenjak ni aku banyak pendam dan fikir sendiri. Mungkinlah aku mula nak fikir lebih matang, cerita apa yang perlu simpan apa yang mungkin buka pekung sendiri. Tapi aku akui sakit untuk telan. Mungkin jugak takda apapa maksud atau terlintas apapa pun dalam fikiran dia cuma aku takut dengan bayang- bayang sendiri, entahlah .....

Kadang aku cuba lari dari fikir masalah tapi lagi lari dari masalah lagilah masalah tu menghantui kecuali kita sendiri kena selesaikan semuanya dengan segera. Kadang aku cuba buat masalah jadi bahan jenaka tapi akan makan diri bila kita bersendiri. Aku bermula dalam istilah 'kawan' dan dari 'kawan' berubah menjadi 'sayang' dan seterusnya kekal menjadi 'cinta'. Bukan menghalang tapi rasa tak tenang lebih baik suarakan. Apa guna suatu perhubungan kalau perbincangan tak boleh dilakukan. Biar sakit pada awal tapi mungkin hasilnya yang paling baik untuk di lalui sepanjang masa.

Apa yang aku nak sebenarnya dari dia? Jujur dalam hati, sebesar kuman takda celanya pada dia, kalau pun satu masa nanti Allah bukakan hatinya untuk orang lain, aku yakin dengan kasih dia yang semula jadi, takda kurangnya dan mungkin takkan dengar satu pun suara yang akan pertikaikan kekurangan dia. Jauh berbanding aku yang asyik cari mana salahnya dia, Kadang aku gelak sendiri, baik sangatkah aku untuk dia belai bagaikan tuan puteri? Sempurnakah aku untuk setiap saat bayangan aku muncul bila berhadapan dengan beribu perempuan di luar sana? Rasa sayang, rasa cinta aku bagi masih boleh di bawa ketengah untuk dia percayai? Bila persoalan macam ni wujud di fikiran, aku terdiam. Berkemungkinan semua persoalan tu jawapan TIDAK pada diri dia 

Bagi aku, langkah saja ke angka 20 tutup segala istilah 'main- main' fokus apa saja yang dah tersedia depan mata. Tapi itu pada aku, mungkin pada dia segalanya dah terlambat, aku taktau. Sebenarnya dalam setiap apa yang aku hendak lakukan aku lebih selesa kalau dia yang ada, berbanding dari orang yang aku gelar sahabat. Aku lebih kenal dia daripada sahabat yang masih dalam tempoh perkenalan. Sedangkan dengan sahabat aku masih boleh berdiri kalau mereka tak mampu untuk ikut rentak tapi bila dia, hmm diam tanpa berita aku dah taktau mana aku melayang. 

Nampak annoying tapi sejujurnya dari hari pertama aku kenal dia, hati aku tak pernah di ganggu gugat dari mana arah sekalipun. Walaupun bagi dia, aku tak jujur selama mana perhubungan tu berlalu. Kadang aku teringin sangat dia rasai setiap saat dan ketika perit tu aku lalui. Datanglah sehebat mana, aku masih pilih dia. Mungkin segalanya tak pernah jelas dari pandangnya, tapi pernahkah dalam beberapa saat dia terfikir kenapa aku masih berdiri untuk pilih dia kalaulah hati aku pada yang selama ini jadi kisah perit dalam cerita kami. Orang kata, kalau kita ada pilihan kedua, lebih baik kita pilih yang kedua sebab takkan wujud yang kedua kalau yang pertama cukup sempurna. Tapi aku  masih pilih yang pertama bermakna tak pernah wujud istilah kedua dalam kamus hidup aku. Sedangkan setiap perkara yang aku lakukan aku masih pilih hasil yang pertama inikan lagi soal hati.

Manapun aku pergi, apa yang aku lakukan, ada tiga wajah yang akan aku bayangkan sebagai semangat jika aku dalam masalah mak, abah dan dia. Tapi tak pernah ada yang tau kenapa aku mudah lupakan sesuatu yang sakit terutama dari segi kata- kata mereka bertiga. Mereka semangat aku untuk aku lakukan sesuatu yang paling terbaik. Dan itulah penyebab kenapa aku cuba betulkan segala masalah walaupun itu berpunca dari mereka. Aku lemah dengan kata- kata kesat walaupun nampak macam ayat biasa tapi perasaan aku sebenarnya dah berubah. Cita- cita aku mungkin mampu kejar tapi  hati manusia? Sekali untuk seorang. Jadi aku pilih untuk kekalkan faezz razin untuk sepanjang hayat aku seperti mana yang selama ini aku dah jalani setiap masa bersama. Aku sentiasa mengharapkan perubahan supaya, yang dia sedar  aku tak pernah siakan setiap saat dulu dan tak pernah gantikan dia dalam hidup. Aku juga tak mengharapkan sepanjang masa bersama cukuplah cuba ambik tau sihat, sakit dan aktiviti aku. Nasihat dan dorongan untuk aku. Tapi aku sendiri taktau bila semuanya akan aku rasai. Mungkin permintaan aku lebih dari kemampuan dia. Aku taktau....


Older Post | Newer Post
THE WRITER


I know I'm Yours and you must know You're Mine and never forget about this
underline italic strike


Diary About Lovers Dreaming


Let's Speak!


The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By and Full Edited : Fieykaa