♥ILOVEYOU♥
usaha baru

Saturday, November 1, 2014 @ 5:27 AM | 0 Comment [s]

Minggu Final. Hahhh memang sakit mental semualah, yelah aku kena buka buku dalam masa satu hari untuk semua tajuk. Inilah jadi untuk orang yang bukan kaki study macam aku, akhir barulah nak selongkar sana sini cari bahan membaca. Tiga paper dah berakhir dan aku harap semuanya keputusan yang menyenangkan just tinggal satu lagi paper sebagai penutup Semester 3. 

Dalam minggu exam, masalah  tetap datang. Masalah mana kenal waktu, bila pun dia akan datang. Kalau tak dari pihak kita, dari pihak orang lain. So disebabkan aku taknak fikir masalah aku yang emmmm berulang kembali tu, aku pun fikir macam mana nak survive hidup berdikari even usaha tu takdalah nampak dengan mata kasar pun, Tapi usahakan tangga kejayaan. Aku start online shop, dorongan daripada family, sayang then kawan kawan aku yang dah pun berjaya buat benda ni semua, 

Orang boleh, kenapa kita tak? Aku punya target nak ada aset sendiri yang nampak depan mata. Sekaranglah nak kumpul modal kecik ke arah tu, lelama modal yang sikit ni lah yang nak membantu. Aku terfikir sekarang sebab untuk hilangkan rasa bosan bila sayang sibuk dengan aktiviti, jadi takdalah aku mengganggu. Nampak macam motif aku remeh tapi sebenarnya idea menjamin masa depan. Bersimpang daripada apa yang aku belajarkan? Sebenarnya takpun, lagi mudahkan kerja adalah itupun study kena bagi faham betul betul dulu. Aset yang aku nak ada ni, aku nak kongsi sama sama dengan sesapa ja selalu ada bila aku jatuh macam mana sekali pun. Bukan riak tapi itu ja yang aku mampu balas budi selama ni. 

Buat sementara ni, aku taknak fikir masalah yang dah jadi ataupun bakal jadi. Mungkin aku dah lali dengan keadaan ni. Cukuplah bila sekali. Cuma apa yang ada dalam fikiran, aku nak buat semua hati orang puas, terhibur terutama family dengan sayang. Selain tu kalau ada yang tak puas silakan pergi. Aku takkan kejar lagi. Aku sendiri bahagia dengan dunia aku sekarang. Semua lengkap bila aku perlukan sokongan. Alhamdulillah. Sokongan dengan nasihat dieorang lah yang aku semat dalam hati.


p/s :
 "Terima Kasih, Mak, Abah sebab selalu sokong dan bagi pendapat bila salah walaupun banyak jugak yang ika main bangkang langsung tak fikir. Minta maaf, kadang perbuatan ika sampaikan mengalir air mata Mak dengan Abah"- Ika

"Terima Kasih Sayang sebab selalu ada dengan I selama ni even buruk I, You pun kena tempiasnya. Dah tiga tahun  tapi You tak jemu dorong I buat sesuatu yang baik untuk semua pihak dan I sentiasa perlukan You untuk minta pendapat dan teguran dari You bila I salah. Mana I pergi You tetap ada. Maaf jugak sebab selalu musnahkan hati You, sayang"- Bie

"Terima Kasih Adik, Farish sebab tetap sayang kakak walaupun banyak gaduh dari baik. Banyak jugaklah bagi pendapat bila di minta"- Kakak

"Dan Terima Kasih Eifa. Selama 20 Tahun ni, aku masih tak jumpa kawan yang boleh jadi macam hang. Yang telan baik, buruk aku. Yang tahu setiap inci luahan aku, sifat, perangai aku dan semua tentang aku masih kekal semuanya dalam tangan hang. Yang boleh aku percaya seumur hidup. Ada sentiasa dengan aku"- Aku


Older Post
THE WRITER


I know I'm Yours and you must know You're Mine and never forget about this
underline italic strike


Diary About Lovers Dreaming


Let's Speak!


The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By and Full Edited : Fieykaa