♥ILOVEYOU♥
Redha

Friday, November 22, 2013 @ 3:15 PM | 0 Comment [s]

Rasanya dah lama benar aku tak menaip dalam diary kehidupan online ni. Kali terakhir aku melawat kamu pada first aku orientasi untuk semester pertama aku di Politeknik. Lama yang amat dan teramat. Makanya enam bulan yang lalu yang penuh dengan ujian dan dugaan dalam setiap nafas aku telah lalui. Kadang perit kadang bahagia. Perit yang berlalu adalah jalan cerita yang akan aku ingat sepanjang hayat untuk sedarkan akan kesalahan diri aku yang serba tidak sempurna. Saat suka dan sedih telah aku lalui dengan semangat yang kuat. Biar keceriaan di wajah menutup segala duka di hati, hanya Allah s.w.t yang tahu apa yang aku lakukan dan apakah tujuan segalanya. Manusia hanya mampu mentafsir dari luaran dari kejadian yang terjadi dihadapan mata tanpa mengetahui apakah tujuan sebenar. 

Mungkin aku tidak lagi punya pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan kehidupan aku. Seorang insan yang selalu berada di setiap saat dalam hati aku sebelum ini yang tidak pernah kenal erti jemu untuk membahagiakan aku sepanjang hayat. Mungkin ini adalah dugaan yang perlu aku lalui saat ini, dan aku percaya pada ketentuan Allah s.w.t. Jika kesabaran sentiasa di hati insyAllah DIA akan memberikan kebahagiaan yang berganda pada masa hadapan. Biarlah aku jadikan orang di sekeliling aku riang gembira satu masa aku jua akan turut gembira dengan kebahagiaan yang kekal abadi dengan izin-Nya. Aku hanya mampu berharap satu masa apa yang aku harapkan serta impikan akan menjadi nyata. Dugaan yang aku lalui ini, sesungguhnya aku redha dengan ketentuan Allah, segala yang terjadi punya sebab tersendiri. Sejujurnya aku tak pernah membayangkan segalanya akan jadi seperti ini tapi perlu aku fikirkan juga sedangkan kisah dogeng punya dugaan serta saat- saat yang memeritkan jadi begitulah kehidupan yang nyata di bumi yang nyata. Biarlah segalanya berlalu seperti angin yang meniup, perlahan lahan keduakaan ini akan pergi dan kembalikan segala keceriaan. 

Aku hanyalah seorang manusia yang sentiasa berpegang pada kata- kata dan menjadikannya sebagai kekuatan untuk aku terus berdiri dan mencorakkan lukisan dalam kehidupan aku. Mungkin selamanya aku takkan mampu menghilangkan namanya serta gelak tawanya dari kehidupan aku, aku hanya mampu biarkan dia tersenyum dan sentiasa akan berada di sampingnya seperti mana janji yang pernah aku perkatakan. Segalanya telah tertulis mungkin saat ini bukan dia dijadikan untuk aku mungkin dengan izin-Nya satu saat nanti segalanya akan kembali dan terjadi seperti mana yang aku harapkan. Mungkin. Sesungguhnya aku mendoakan segala perjalanan hidupnya akan baik- baik dan dapat lalui kehidupan dengan tenang. Kerinduan aku untuk dia biarlah aku pendam dan aku serahkan segala isi hati ini pada yang Maha Kuasa. Dia adalah satu dalam sejuta dalam kisah hidup aku. Akan aku biarkan namanya sentiasa di sini sebagai kekuatan aku selamanya. 


Older Post | Newer Post
THE WRITER


I know I'm Yours and you must know You're Mine and never forget about this
underline italic strike


Diary About Lovers Dreaming


Let's Speak!


The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By and Full Edited : Fieykaa