♥ILOVEYOU♥
One boy. Thousand feelings.

Tuesday, June 11, 2013 @ 12:11 AM | 2 Comment [s]

Assalamualaikum wbt.

Hi alls!



Selamat kembali ke alam pengajian lah yang aku mampu ucapkan pada kawan - kawan UiTM seluruh Malaysia. For who yang freshie tu, amacam Orientasi? Awesome tak. Haruslah ada yang tak puas hati dengan keadaan sepanjang orientasi tu kan. Well kena pakai track bottom dalam baju kurung then pakai kasut sukan. Aloloooo comel sangat freshie sekalian :) Dah berakhir zaman UiTM aku. Jadi kenangan sajalah suasana tu. Zaman baru aku akan cipta kali ni. Belajar adalah belajar, bercinta adalah bercinta. Insya-Allah 


Hari ni Cik Sayang dengan senang hati masih lagi nak jadi peneman setia untuk pegi settalkan kerja - kerja aku untuk mulakan hidup baru. Bayar yuran, Medical Check Up. Dahlah yuran kena pastikan ada 4 slip berasingan then aku pulak bukan mahir sangat bab - bab dalam bank ni. Jadi kehadiran Cik Sayang tu banyak membantu mudahkan kerja. Lagipun daripada dulu aku lebih selesa kalau dia ada sama dalam uruskan aktiviti harian, aku cuma bagi pendapat saja. Bagi aku pilihan Cik Sayang adalah pilihan yang terbaik untuk aku. 


First of all, sarapan pagi lah Cik Sayang.  Aku pulak tak biasa sangat nak sarapan semua ni. Tapi Cik Sayang selalu akan marah kalau aku tak makan, sebab akukan dah macam tulang rangka yang dalam makmal sains tu. Hehehe. Bukannya aku tak makan tapi aku lebih pada makan sikit - sikit tapi kerap kali. Then perut dah kenyang baru selesa nak buat kerja, katanya lah. Teruslah kami pegi bank. Satu bandle slip pembayaran aku ciplak sebab takut salah.  Bila nak pegi kaunter dengan duit semua, aku suruh Cik Sayang tolong. Last slip yang aku pegang tu salah isi. Cik Sayanglah ajar aku benda sesat. So kenalah perbetulkan. 


Dah habis kerja dekat bank. Kami mulakan perjalanan pegi klinik pulak, padahal dekat situ saja pun. Jalan kaki pun tak sempat semput. Hihihihihi. Sepatutnya kena buat Medical Check Up tapi borang Medical tu aku tak print lagi sebabnya hari aku pegi poli download untuk Medical form tu tak ada lagi. So just ambil ubat bulanan abah sajalah. Hoyeeee hoyeee kerja dah habis. So kita enjoyyyyyyy. Hehehe. It time to Lunch :) Lamanya tak lunch dengan Cik Sayang, tadi dapat jugak lunch sama - sama. Lepas ni tak tau lah bila lagi nak dapat peluang lunch macam tu. Perut senang, hati riang jadi muka pun ada senyiummmmm. Pegilah round - round dekat sekolah lama aku, pegi round rumah tokwan. Sebenarnya kalau di izinkan, aku teringin nak bawa Cik Sayang pegi ziarah kubur nenek tapi masih lagi tertangguh, dah hampir 2 tahun aku takpegi ziarah. Rindunya Arwah Nenek :'( dan habis tak tau nak kemana so pegi beli makanan kiranya macam minum petanglah. Kalau duduk dengan Cik Sayang, memang takkan kenal erti lapar sebab kenyang memanjang. 


p/s : Cik Sayang, terima kasih sebab sentiasa meluangkan masa ikut saya kehulu kehilir. Awak memang akan sentiasa jadi tulang belakang saya. Bila saya jatuh, awaklah yang sentiasa hulurkan tangan untuk bantu saya. Awak sentiasa jadi semangat saya, walaupun bila kita berjauhan. Awak juga tak pernah kenal erti putus asa untuk mengenali siapa saya. Jika denyut nadi kita sentiasa seiringan, bicara hati juga serupa itu tanda mungkin kita mungkin bersama. Insya-Allah Cik Sayang :)




Older Post | Newer Post
THE WRITER


I know I'm Yours and you must know You're Mine and never forget about this
underline italic strike


Diary About Lovers Dreaming


Let's Speak!


The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By and Full Edited : Fieykaa