♥ILOVEYOU♥
It's Start

Saturday, June 29, 2013 @ 1:53 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum wbt.

Minggu terakhir bulan Jun. Pejam, celik, pejam, celik dah nak masuk bulan Julai :) Mengharapkan bulan depan banyak ketengan yang akan datang dalam kehidupan ni. Bulan ni banyak dugaan yang aku dapat rasa tak kisahlah dari segi fizikal dan juga mental. Past is past, future we make it fine and good. Ini semua cabaran dalam hidup kita, so kenalah terima segalanya dengan positif. Dalam dunia ni takdanya perkara yang mudah untuk kita dapatkan semuanya akan diuji dahulu. 


First of all Alhamdulillah sebab dah jadi student macam dulu tapi dengan batch 1995 lah. Biar lambat asalkan in the end dapat hasil yang menakjubkan. Tapi yang penting kawan- kawan aku yang batch 1994, semester 3 banyak bagi aku support. Thanks guys :) 3 hari orientasi, not bad tapi bagi aku takdalah kena hentam macam dekat UiTM dulu cuma letih naik turun tangga yang berlambak- lambak tu. Well PTSS 'Politeknik Tangga Sana Sini'. Hehehe. Tapi masa orientasi tu tak semena- mena aku kena tarik naik atas stage dengan si mentor- mentor tu. Hahaha. Hambik kau! Dahlah kena menari lagu 'Banana'. Malu tu taktaulah nak cakap macam mana, yang pastinya roomates aku cakap yang muka aku dah merah yang amat. Lepas 2 minit hilanglah gugup tu, kenanagan aku untuk permulaan jugaklah tu.


So kita cerita pasal kamsis pulak. Bilik? Wow bagi aku luas sekali ganda dari tempat dulu. No double dacker okay. Roomates aku seriously happening yang amat. Semuanya in-take yang sama tapi umur saja yang berbeza. Tapi aku paling rapat dengan Kak Yana dan Qinah sebab sekepala. Kak Yana lah yang paling sulong, sikap dia sentiasa buat kami semua takpernah kering gusi. Walaupun dia macam tu, dia takpernah biarkan kami ada masalah sorang- sorang. Then dialah yang sentiasa bagi aku semangat baru dan nasihat samalah dengan si Qinah tu :) Dieorang selalu buat aku sayang dengan masa then hargai masa tu. So minggu depan dah mulalah PMP. Sibuk dengan assignment, assesment, quiz and so on. Takda dahlah nak balik rumah tiap minggu lagi macam sekarang ni.


Older Post | Newer Post
THE WRITER


I know I'm Yours and you must know You're Mine and never forget about this
underline italic strike


Diary About Lovers Dreaming


Let's Speak!


The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By and Full Edited : Fieykaa