♥ILOVEYOU♥
day by day

Saturday, June 15, 2013 @ 12:09 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum wbt.

Hi alls!



Selamat malam dan mengharapkan hari ni adalah hari yang membahagiakan dalam diri awak, awak dan awak disana :). Okay kalau dalam pengetahuan aku negeri aku sentiasa di basahi dengan hujan. Tapi tak menentu kekadang pagi, kekadang petang dan kekadang malam. Bila hujan pagi, beratlah mata ni nak buka nak melihat keindahan pagi. Hihihi. Kalau petang mulalah tak tentu arah sebabnya nak keluar susahlah. Yelah kita ni naik motor je, takda kenderaan berbumbung sendiri. Kalau malam pulak memang asyuuuukk kalau tidur boleh peluk bantal seerat-eratnya. Selimut sampai ke kepala. Hihihi


Tapi bagi aku malam ni, rasa yang ganjil ditambahkan dengan rasa yang sangat sayu. Apakah petanda untuk rasa yang aku rasai ni? Mungkin disebabkan tinggal 2 hari lagi untuk aku rasa bebas. Bebas dari segala tanggungjawab yang sepatutnya aku lalui saat ini. Lepas ni sibuklah aku mentelaah kembali macam dulu. Kejar masa untuk ke kelas. Hidup kembali dengan masa yang sangat padat. Insya-Allah, untuk peluang kedua ni aku tak mungkin sia- siakan lagi. Bak kata Sam dalam Adnan Sempit, 'I don't need banana fruits to times'. Hahaha. Whatever. Yang penting hasrat dan harapan aku untuk peluang ni, yang cuma akan aku kejar adalah GRADUATION. Segulung Diploma macam Kak Sa :) Bila dengar Kak Sa cerita pasal convo, hati aku mula tanamkan rasa untuk capai ketahap tu juga. Saat tu bukan cuma untuk Mak, Abah dan adik- adik aku tapi kegembiraan tu aku juga akan kongsi dengan Cik Sayang dan family dia. 


Nak tau kenapa? Sebabnya Cik Sayang tak pernah lupa ingatkan aku tentang belajar. Tambahan untuk peluang kali ni. Bila jumpa ada saja yang dia ingatkan supaya aku tak ulangi apa yang dah jadi dalam peluang pertama dulu. Dan kali ni juga mungkin akan menguji hati aku yang sebelumnya dah terbiasa punyai Cik Sayang yang sentiasa ada jika aku dilanda hiba, sentiasa akan berada depan mata setiap minggu untuk dengar perkembangan pembelajaran aku, masalah dan menjadi insan yang melihat setiap titis air mata aku bila aku diuji dengan pelbagai dugaan. Cik Sayang jugalah yang akan menjadi Pakcik pemasang telinga yang sentiasa jadi peneman untuk aku menghafal walaupun diri sendiri rasa mengantuk yang amat :) hahaha. Kelakar bila teringat tapi kekadang rasalah jugak rindu dan sedih. 


Actually petang tadi masih lagi berjumpa. Rindu you olls. Hahaha. Macam biasa kerja masih lagi tak selesai, boleh dikatakan selagi aku tak masuk dunia baru selagi tulah kerja tak habis. Masuk kereta, first things yang aku dengar, aku dah kena cop lengai dengan Cik Sayang. Hahaha. Kejam okay. 
 'Hello, saya lengai sebab saya tunggu awak temankan saya. Bila saya nak pegi sorang awak larang.  Awak cakap awak takharapkan saya nak pegi selesaikan sendiri. Helehhh. Tapi awak kena tau, saya pun lebih selesa pegi sama- sama dengan awak. Yelah, kalau harapkan saya memang lambat je pergerakkan saya dari satu kerja ke satu kerja then kerja semua tak teratur. Agaknya, macam manalah keadaan saya bila awak habis cuti nanti, nampak macam agak sukar ja. Hihihi'

Mungkin petang tadi, petang terakhir aku dapat luangkan masa dengan Cik Sayang sementara aku jadi penganggur. Tapi mengharapkan masih ada lagi masa untuk hari- hari terakhir ni. Asalamualaikum :) 

 . 


Older Post | Newer Post
THE WRITER


I know I'm Yours and you must know You're Mine and never forget about this
underline italic strike


Diary About Lovers Dreaming


Let's Speak!


The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By and Full Edited : Fieykaa