♥ILOVEYOU♥
METTING WITH LOVE

Thursday, June 6, 2013 @ 5:29 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum wbt.

Hi alls!

Dah jarang sesangat sangatnya update kesian betul dengan blog ni. Aku pun taktahu kenapa malas sangat nak update, maybe better on diary aku yang telah pun dicerobohi oleh Cik Sayang. Aiyooo. Kawan terdekat semua tahu Cik Sayang baru bermula cuti sem 4/6. rindu tu jangan cakap lah Allah saja yang tau perasaan ni, sakit bila berjauhan. Bila dekat macam - macam dugaan yang Allah uji, then akulah relakan diri berjauhan. Tapi tak apalah aku redha dengan ketentuan Ilahi. Bila berjauhan ni banyak bendalah kena belajar, almaklumlah boleh kata this our first time long distance. Apapun Alhamdulillah, masih lagi diberikan kekuatan dari-Nya serta kuat kepercayaan dalam hubungan walaupunnnnn kadang jadi curiga. hihihi

Cik Sayang sampai Jitra dah pagi sebabnya biasalah dari Ipoh ke Jitra ke Penang, itu gatal namanya walhal cuti sebulan sayang. So tengahari texting macam selalu, then bual pasal makan. Terus buat ayat acah - acah ayam nak makan dengan kita katanya padahal nak jumpa, kan? hehehe. Pukul 4 lebih baru nak makan tengahari, kami cuma pergi makan sembang - sembang dan balik. Tapi masih rindu tak hilang. Bila dekat rasa macam makin rindu pulak, setiap masa nak jumpa. Bila jauh boleh ja duduk diam - diam tak jumpa. Mengadakan? Haha apapun tkboleh kalau dah mula jumpa. Jadi terus bersambung kebesokan harinya, its mean yesterday 5/6.
Kesnya aku minta Cik Sayang temankan aku selesaikan kemasukkan ke Poli this 17/6. Nak hantar surat itu ini, sijil berhenti sekolahlah. Disebabkan Cik Sayang ada kerja pada masa yang dah rancang so kenalah tunda lewat sejam, but its okay, yang penting dia sudi nak luangkan masa. Dulu UiTM pun dia jugak yang selalu jadi tulang belakang,  daripada bersengkang mata temankan buat surat takdatang koko berminggu minggu, Quit pun kehulu kehilir temankan aku habiskan surat pelepasan berhenti tu. Sekarang nak masuk poli pulak sampai ke pejabat HEA ikutnya, siap habis baca hal - hal yang terpapar yang melibatkan course aku, kiranya Cik Sayang nie lebih tau info pasal course aku daripada aku sendiri, but its good aku sukalah cara tu so kalau aku taktau dia boleh bgtau first. kan? Terima Kasih Cik Sayang.


Halahhh bila dia cuti aku pulak dah sibuk nak masuk Poli. Hmm. Harap tu Cik Sayang bolehlah datang melawat aku, bawa makanan ke. Huhuhu. Ehh dah macam penjaralah pulak bila aku cakap macam tu. So, selepas habis kerja dekat Poli kami pun hantar Adik Ipar Cik Sayang tu pegi Kangar then kami pun pegilah isi perut. Tengah baikkkkkkk isi perut Cik Sayang pulak dah dapat call nak kena balik pegi tempat keja, well legasi family sendiri memang macam tu. Dah biasa dah dengan situasi ni, so dah faham keja family dia. Makanlah sepantas kilat aku ni pun, mahu nak tercekek sebenarnya sebab aku lupa nak order air. Nak minta tolong Cik Sayang tapi kesian dia, dengan nak cepat dengan nak melayan kerenah aku. Lepas makan, ambik adik aku then teruslah balik rumah. But everything was really fun, dengan dengar dia menyanyi sepenuh perasaan sepanjang jalan terasa macam aku balik ke Perak that what I really miss. 


Older Post | Newer Post
THE WRITER


I know I'm Yours and you must know You're Mine and never forget about this
underline italic strike


Diary About Lovers Dreaming


Let's Speak!


The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By and Full Edited : Fieykaa