♥ILOVEYOU♥
283KM hmmm

Thursday, March 14, 2013 @ 12:05 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum wbt.

Selamat malam pembaca yang rajin untuk membaca :) Thanks sebab sudi membaca hehe. Sebenarnya petang tadi idea bercambah tapi dah lepas makan nie otak lembab macam labi labi so tengah loading lah nie. Mulai pada saat dan detik 10.30 pagi pada tarikh yang cukup cantik bagi aku (13/03/13) di istiharkan diri aku sebagai suri rumah sementara semula setelah sebulan aku memendam rasa menjadi pelajar kepada UiTM yang menjadi rebutan anak anak muda yang cintakan pelajaran. Aku tarik diri dari sana sebab aku rasa aku dah tak mampu untuk lalui waktu waktu yang perit dalam kehidupan aku. Cukuplah segalanya yang aku rasa, dan tempat juga rezeki aku mungkin bukan di situ. Insya-Allah dengan azam untuk teruskan pelajaran aku masih lagi kuat dalam diri. 

Mana mungkin mudah untuk aku lupakan saat saat kegilaan aku dengan gelak tawa dari kawan kawan yang aku sayang serta lelaki yang aku cintai di PERAK. Segalanya akan terus menjadi ingatan kerana mungkin detik seperti itu tak akan aku rasai lagi selepas ini. Hmmm :( Bila hati aku pedih, aku memang nak sangat jauh dari situ tapi bila aku fikirkan ada DIA mula aku terasa serba salah untuk tinggalkan dia buat kesekian kali sejauh 283km, 3 jam 15 minit dari aku. Ya Allah kuatkanlah hati dan perasaan kami, teguhkan hubungan di antara kami. Sepanjang 9 bulan aku menetap di negeri orang terlalu banyak memori yang aku lalui, saat gembira, sedih, perit, menangis, sayu dan sewaktunya dah aku lalui dekat sana. 

Bukan senang jadi pelajar kepada Universiti, Kolej dan seangkatannya. Dugaan fizikal, mental semua kena yelah kalau tak belajar bila exam CGPA, GPA akan turun tak pun kena kick dari situ. HAHAHAHA. Masa sekolah mana ada rasa macam tu, masa sekolah malam study pagi tu SPM. Rock kannnnnn :D Dahlah bila cerita, bila ingat pasal perak, hati aku mulalah rasa sebak sebab ingatkan si Fiance hmmm. Study hard sayang, jangan putus harapan dan Insya-Allah jika ada rezeki aku memang akan teruskan pelajaran aku. Yeahhhhh ! Btw muka muka aku bila jadi student SI dan second is the last we are getting overnight together :(




Older Post | Newer Post
THE WRITER


I know I'm Yours and you must know You're Mine and never forget about this
underline italic strike


Diary About Lovers Dreaming


Let's Speak!


The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By and Full Edited : Fieykaa