♥ILOVEYOU♥
Kuatkan aku, Ya Allah :)

Thursday, November 29, 2012 @ 5:25 PM | 0 Comment [s]

Hi Assalamualaikum Selamat Petang :)


Kerajinan menaip mula mlanda kehidupan aku, gara gara lepas nie dah susah untuk aku luangkan masa bersama diary online kesayangan aku nie :) Actually dlam hati ada saat suka, ada saat sedih dan ada saat aku rasa tertekan tapi semuanya aku lalui secara tenang dan sntiasa tersenyum. Senyumkan mampu mengubat segala kerunsingan dalam hati. Insyallah 2 hari lagi aku akan jalankan kembali kehidupan aku. Ohh like seriously, aku dah nak back to back ke kolej! Ehh bukan ke semalam aku baru balik cuti sem? Emm cepatnya sebulan masa berlalu, dulu aku cakap cuti sebulan tu lama sangat tktaulah nak buat apa. Now, aku dah nak balik sana dah. Haihhhh.

Student poli semua baru start cuti, aku pulak yang dah nak masuk. Langkahnya kaki aku kembali ke UiTM Seri Iskandar Perak, aku dah letakkan azam baru dalam kehidupan aku dah mnharap hari hari yang bakal aku lalui kembali disana berjalan dgn lancar dan aman. Wlaupun segala masalah aku dah selesai, tapi tu semua tak menjamin kebahagian aku akan ada dkat kolej tu lagi macam dulu. Sebuah persahabatan yang aku jalani selama 6 bulan, akhirnya hancur sekelip mata macam tu. Damn! Semuanya gara gara fitnah dan buat tuduhan mengikut kehendak hati. Abah, mak, faezz dan sahabat baik aku dari kecil, hafawati yang bnyak support aku. Thanks much :) Tanpa korang, mungkin aku masih lagi fikirkan masalah nie. 

Oleh kerana takut aku tertekan, abah dah buat keputusan sendiri. Dia dah tukarkan aku kebilik lain. Mungkin penukaran aku dari bilik yang ditetapkan ke bilik lain akan menyebabkan kau fikirkan aku lari dari masalah dan mungkin di mata kau, aku yang nampak bersalah. Tapi jangkaan kau tu salah, aku ulang SALAH! Aku bukan lari, tapi aku taknak menghadap muka orang yang dah memfitnah aku. Dan di sebabkan segala kes telah digugurkan macam tu saja, aku taknak kau terus menyalahkan aku dan terus menyimpan dendam. Biar aku berfikir jauh sejauhnya daripada kau lakukan sesuatu yang bakal makan diri aku sendiri di kemudian hari.  

Dah banyak sangat kenangan aku dengan kau selama 6 bulan tu. Kau nangis, aku nangis. Kau happy aku pun turut happy. Kau overnight, aku pun turut overnight. Tapi segalanya dah hilang sekelip mata kawan. Insyallah, kalau kita berbaik balik suatu masa nanti aku minta maaf sebab aku dah taksanggup lagi nak ada sahabat macam kau. Biarkan segala yang kita lalui jadi ingatan sepanjang kita ada di kolej. Aku maafkan kau dan aku berharap kau turut maafkan aku. Sekarang kau dengan haluan kau dan aku dengan haluan aku :) Terima kasih sebab jadi peneman aku masa aku perlukan kau kawan. 

Mungkin entry kali nie agak panjang daripada biasa, tapi inilah segala rasa kekecewaan aku yang aku pendam sepanjang cuti sem. Aku berharap lepas nie, aku lebih kuat lebih berhati hati untuk berkawan. Aku pun akan cuba tetapkan balik apa tujuan asal aku ke sana. Dan harini aku nak mulakan kehidupan baru sebagai siswi di UiTM ! Bismillahirrahmanirrahim :)


Older Post | Newer Post
THE WRITER


I know I'm Yours and you must know You're Mine and never forget about this
underline italic strike


Diary About Lovers Dreaming


Let's Speak!


The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By and Full Edited : Fieykaa